Friday 14 August 2015

Sukaneka dan HAMPER tidak dapat dipisahkan

Salam semua.
Ingat lagi zaman kita dulu-dulu?
Mesti masih ingat pertandingan sukaneka semasa tadika atau sekolah rendah?
Lari dalam guni, galah panjang, congkak, batu seremban.....
Seronok bukan?
Jika kita menang, apa yang kita dapat?
Mestilah HAMPER.....
Hamper yang penuh dengan jajan dan biskut.
Dapat saja hamper, terus bawa balik kongsi dengan keluarga.
Mak Ayah tumpang bangga anak mereka menang sukaneka.
Seminggu dok bercerita dengan Mak Temah, Pak Samad sebelah rumah.
Adik beradik pula berebut nak buka hamper.
Nostalgia bukan?

Saturday 1 August 2015

Welcome to Anggerik Kenanga Galaxy

1...2...3...
Cubaan suara...cubaan suara...
Suara saya dicuba...

Amboi! Macam gaya test mic pula.
Welcome to Anggerik Kenanga Galaxy.

Kalau berucap guna mic dalam dewan sekolah atau dewan serbaguna, hadirin mungkin seratus orang atau paling ramai adalah tiga ribu orang.
Ini ‘berucap’ guna blog, hadirin mungkin seorang dan boleh menjangkau infiniti.
Blog Anggerik Kenanga ini konsepnya apa? Temanya bagaimana?
Fashion? Buku? Makanan? Craft? Bisnes?

Tunggulah update seterusnya............ ( suspen? ).