Monday, 14 September 2015

Hamper semurah RM10 sahaja?

Salam manis dari kami buat Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin. Kami dahulukan dengan sekalung terima kasih atas sokongan dan dokongan padu yang diberikan kepada Anggerik Kenanga. Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang diberikan.

Hamper semurah RM10 sahaja? Eh.... macam tak percaya? Masih wujud pada zaman sekarang? Masih wujud seteleh GST dikenakan? YA! Anggerik Kenanga menawarkan pelbagai variasi hamper yang bermula dari RM10.

Hamper apa yang murah macam tu? Hamper dalam gambar entri ini cuma RM10. CUMA RM10.

Hamper ini dikenali sebagai HAMPER KLC 001, mengandungi LUNCH BOX yang mampu diisi masakan kasih sayang dari air tangan seorang ibu. Selain itu, ia juga mengandungi SMILE CUP yang mampu mengukir senyuman setiap mata yang memandang. Ia juga mengandungi 1 kotak PENSIL WARNA yang mampu mewarnai kanvas kehidupan. Disertakan juga 1 batang PENSIL 2B yang mampu melakar dunia fantasi dan 1 PENGASAH PENSIL yang sentiasa setia menemani insan dalam berkarya. Tidak dilupakan, 1 PEMADAM yang diperlukan untuk menghakis kejelekan dan 1 batang PEMBARIS yang mengajar jalan kehidupan yang lurus.

Berminat? Ayuh LIKE Page Anggerik Kenanga di : 

Atau email kami di anggerikkenanga@gmail.com





KLC 001

-WE SERVE HAPPINESS-

Quote a day by ANGGERIK KENANGA [3]

-Liking someone isn't a choice. It's what the heart is demanding-

https://www.facebook.com/Anggerik-Kenanga-1673843146179267/timeline/

Friday, 11 September 2015

Cinta Tiffin buat Lunch Box

Salam mesra dari kami, ANGGERIK KENANGA buat Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin. Kami doakan Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang terbaik. 

Tajuk Post kami hari ini iras-iras Cinta Uda dan Dara.

Cinta itu boleh diterjemahkan dalam pelbagai situasi atau reaksi. Cinta itu boleh diluahkan dalam bentuk bicara, perbuatan atau juga puisi. Hari ini, Anggerik Kenanga ingin mengupas cinta yang boleh diterjemahkan melalui masakan. Sering kali ibu kita berpesan, ikat suami dengan masakan kita. Selalu juga kita dengar, air tangan ibu itu tiada galang gantinya. Air tangan ibu itu sejuta kali lebih lazat dari chef di restoren enam bintang. Setuju bukan?

Kami menawarkan HAMPER TFL 001. Hamper ini menyajikann kombinasi Tiffin dan Lunch Box. Air tangan seorang ibu kepada anak atau air tangan seorang isteri kepada suami dapat dimuatkan dalam Tiffin dan juga Lunch Box ini. Apa tunggu lagi? Hubungi kami di PAGE, https://www.facebook.com/Anggerik-Kenanga-1673843146179267/timeline/ atau anggerikkenanga@gmailcom



WE SERVE HAPPINESS

Thursday, 10 September 2015

HAMPER untuk anak-anak perempuan


Salam sayang dari kami buat Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin. Anggerik Kenanga menawarkan pelbagai variasi hamper yang BERKUALITI, MEWAH dan MURAH. Hari ini, kami tampil dengan HAMPER SG001.

HAMPER SG001 adalah berkonsepkan girlish. Hamper ini sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak perempuan di peringkat tadika mahupun sekolah rendah. Hamper ini terdiri daripada Set Alat Tulis, Lunch Box dan Tumbler. Set Alat Tulis yang mengandungi bekas pensil, gam, pemadam, buku nota, pensil dan juga pengasah pensil pasti memberi peluang kepada anak-anak perempuan mencipta dunia impian mereka.Warna merah jambu dan ungu yang menjadi tema Hamper ini pasti akan menyerlahkan lagi sifat feminin. Hamper ini juga menyediakan Lunch Box yang mampu menampung masakan kasih sayang dari air tangan seorang ibu. Disertakan juga Tumbler comel yang mampu menghilangkan dahaga.

Berminat? Jom singgah di PAGE ANGGERIK KENANGA, https://www.facebook.com/pages/Anggerik-Kenanga/1673843146179267?fref=ts

Intai-intailah lembaran album kami kerana banyak lagi variasi hamper yang kami tawarkan buat Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin.

Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin juga boleh hubungi kami di anggerikkenanga@gmail.com



WE SERVE HAPPINESS

Wednesday, 9 September 2015

JEREBU MENJENGUK KITA

Salam buat pembaca juga pelawat blog ANGGERIK KENANGA yang sangat saya hormati . Hari ini, keadaan jerebu di sesetengah negeri berada dalam indeks bacaan tidak sihat. Ini adalah ujian dari Tuhan. Saya sarankan agar Yang Berbahagia Tuan/Puan/Dato'/Datin mengambil langkah berjaga-jaga seperti kurangkan aktiviti luar, memakai topeng muka ketika keluar dan minum banyak air kosong.

Salam sayang dari kami, Anggerik Kenanga.